Lelaki Terima Ratusan Mesej Lepas Pasang Iklan Gergasi Cari Jodohnya

Seorang lelaki berusia 29 tahun di Britain nekad untuk mengiklankan dirinya pada papan iklan gergasi bagi mencari calon isteri.

lelaki terima ratusan mesej lepas pasang iklan gergasi cari jodohnya

Muhammad Malik, lelaki berketurunan Pakistan itu turut menghasilkan laman web findmalikawife.com dan membeli beberapa papan iklan bagi tujuan itu

 

Beliau yang juga seorang usahawan berkata terpaksa menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan keluarganya mengaturkan perkahwinan buat dirinya.

lelaki terima ratusan mesej lepas pasang iklan gergasi cari jodohnya

"Saya masih belum menemui gadis sesuai. Saya terpaksa menggunakan kaedah ini," ujarnya menerusi laman web yang direka khas itu.

 

Antara ciri-ciri gadis yang dicari beliau adalah seorang Muslim dan juga dalam lingkungan umur 20-an.

 

"Saya terbuka untuk menerima bakal isteri daripada etnik lain namun keluarga saya berpegang kuat kepada tradisi dan agama. Oleh itu, saya perlu mengekalkannya," jelasnya.

lelaki terima ratusan mesej lepas pasang iklan gergasi cari jodohnya

Akibat daripada itu, beliau telah menerima ratusan mesej namun belum sempat membaca kesemuanya.

 

Menurut Malik lagi, beliau pernah cuba beberapa kaedah lain termasuklah aplikasi janji temu bagi mencari bakal isteri, sebelum idea untuk memasang iklan gergasi ini dicadangkan rakannya.

 

"Saya individu kreatif dan suka mencuba perkara yang mungkin dianggap tidak masuk oleh segelintir individu," katanya.

 

Papan iklan tersebut akan dipaparkan sehingga Jumaat depan.

 

Sumber: [1]