Seorang pekerja yang juga pengurus kewangan di Ireland mendakwa dia dibayar hampir €108,000 (kira-kira RM500,000) setahun untuk hanya makan tengah hari dan membaca surat khabar sepanjang hari.
Mungkin biasanya perkara seperti ini tidak menjadi masalah buat kebanyakkan orang namun bagi Dermot Alastair Mills, seorang pekerja di Irish Rail, itu adalah satu bentuk diskriminasi.
Pengurus kewangan itu mendakwa selepas mendedahkan salah laku perakaunan syarikat pada 2014, dia secara beransur-ansur dilepaskan daripada hampir semua tugasnya, sehingga dia kini menghabiskan sebahagian besar harinya untuk makan tengah hari dan membaca surat khabar. Namun dia masih menerima gaji tetapnya setiap bulan kira-kira RM41,600.
“Saya membeli dua surat khabar iaitu Times dan Independent, serta sandwic. Saya pergi ke bilik saya, saya menghidupkan komputer saya, saya melihat e-mel. Tiada e-mel yang berkaitan dengan kerja, tiada mesej, tiada komunikasi rakan sekerja,” Mills memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja Ireland (WRC).
“Saya duduk dan saya membaca surat khabar dan saya makan sandwic saya. Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi, jika ada e-mel yang memerlukan jawapan, saya menjawabnya. Jika ada kerja yang berkaitan dengannya, saya melakukan kerja itu. Saya akan berasa teruja jika mendapat sesuatu yang memerlukan saya untuk melakukan kerja walaupun sekali dalam seminggu,” katanya.
Pengurus kewangan itu menambah bahawa dia berasa tersisih dan dia telah dikecualikan daripada mesyuarat syarikat serta peluang latihan.
Sumber: Oddity Central