Masa kini pembelian barang-barangan menjadi lebih mudah kerana boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Namun siapa sangka barangan yang dipesan secara atas talian ini akan dihantar ke rumah dalam bentuk seakan-akan mayat?
![wanita terkejut terima bungkusan serupa mayat dari seller](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-11-at-10-56-29-am.png)
Itu yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila terkejut melihat bungkusan barangan itu tiba di rumahnya.
Lihat video dibawah:
Menerusi video itu, wanita tersebut berkongsi situasi bila mana dia ingin mengambil barangan yang dihantar kerumahnya.
![wanita terkejut terima bungkusan serupa mayat dari seller](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-11-at-10-56-41-am.png)
Bagaimanapun, barangan itu mempunyai bentuk seakan mayat, membuatkan wanita ini berasa seram sejuk dan tidak mengambil barangan itu sehingga hari sudah malam kerana menunggu suaminya.
![wanita terkejut terima bungkusan serupa mayat dari seller](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-11-at-10-57-05-am.png)
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka.
![wanita terkejut terima bungkusan serupa mayat dari seller](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-11-at-10-58-38-am-down.png)
Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan apakah barangan yang dikirim itu, cuma yang pasti barangan itu sangat selamat daripada dicuri orang lain.
Sumber: Tiktok dian_dianz