Pakar Dakwa Alien Mungkin Manusia Dari Masa Depan Yang Datang Melawat

Makhluk luar angkasa atau makhluk asing ditakrifkan sebagai hidupan yang wujud tidak berasal dari Bumi.

pakar dakwa alien mungkin manusia dari masa depan yang datang melawat

Sehingga ke hari ini, terdapat banyak teori yang cuba merungkai misteri kehidupan di luar planet ini. Stephen Hawking dan Carl Sagan misalnya berpendapat bahawa tidak mungkin kehidupan hanya ada di Bumi sahaja dan pasti ada hidupan lain diluar angkasa.

 

Bagaimanapun, seorang pakar dari Montana Tech University di Amerika Syarikat, Dr Masters mempunyai hipotests berbeza mengenai hidupan luar Bumi ini.

 

Beliau yang juga pensyarah dalam jurusan antropologi berpendapat, makhluk asing berkemungkinan adalah manusia dari masa hadapan yang kembali melawat hidupan masa kini, termasuklah dengan menggunakan piring terbang makhluk asing atau UFO.

 

Kenyataannya disokong dengan bukti kebanyakkan alien ini berjalan kehadapan, mempunyai mata dan mulut, dan mempunyai kaki serta tangan saling tak tumpah seperti manusia normal masa kini.

 

Dr Masters berkata, antara tujuan manusia masa hadapan kembali melawat masa kini adalah sebagai penyiasatan dan juga lawatan.

"Dakwaan manusia diculik oleh alien itu kebanyakannya bersifat saintifik. Mungkin antropologi, sejarawan, ahli bahasa masa depan yang kembali untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang tidak dapat kita jalani tanpa teknologi pada masa ini.

"Tidak diragukan lagi di masa depan, ada orang-orang yang akan membayar banyak wang untuk berpeluang kembali dan memerhatikan sejarah masa silam.

"Beberapa tempat pelancongan yang paling popular adalah piramid Giza dan Machu Picchu di Peru, menjadi tumpuan manusia dimasa hadapan untuk kembali,” ujarnya.

 

Teori oleh Dr Masters ini disangkal oleh pengkaji makhluk asing, Robert Sheaffer.

"Dr Masters, anda hanya memutar sesuatu dengan cukup cepat dan ia akan mula melengkapkan ruang, dan bahkan menghantar barang ke belakang pada waktunya adalah teori yang sangat meragukan," kata Robert.

 

Sumber: [1]