Tengkorak Ditemui Di Tapak Siasatan Rupanya Berasal Dari 900 Masihi

Apabila polis Mexico menemui longgokan kira-kira 150 tengkorak di dalam sebuah gua berhampiran sempada Guatemala, mereka menyangka mereka sedang melihat tempat kejadian jenayah lalu membawa pulang tulang-tulang itu ke ibu negara.

tengkorak ditemui di tapak siasatan rupanya berasal dari 900 masihi

Bagaimanapun, ternyata penemuan pada 2012 itu mendedahkan sesuatu yang tidak disangka.

Selepas kira-kira sedekad ujian dan analisis dijalankan, kesemua tengkorak itu didapati adalah mangsa korban yang dibunuh antara 900 hingga 1200 Masihi, kata Institut Antropologi dan Sejarah Negara (INAH).

Kawasan sempadan di sekitar bandar Frontera Comalapa di selatan negeri Chiapas telah lama dilanda keganasan dan pemerdagangan pendatang.

Menurut pakar, mangsa di dalam gua itu mungkin telah dipenggal secara ritual dan tengkorak itu dipamerkan pada sejenis rak trofi yang dikenali sebagai “tzompantli”.

Terdahulu, terdapat penakluk Sepanyol menulis tentang pengalamannya melihat rak itu sendiri pada tahun 1520-an.

Turut menarik perhatian pakar, terdapat lebih ramai wanita berbanding lelaki dalam kalangan mangsa dan tiada seorang pun daripada mereka mempunyai gigi.

Berdasarkan pengalaman gua itu, ahli arkeologi Javier Montes de Paz berkata orang mungkin perlu menghubungi ahli arkeologi, bukan polis.

“Apabila orang ramai menemui sesuatu yang mungkin dalam konteks arkeologi, jangan sentuh dan maklumkan pihak berkuasa tempatan atau terus INAH,” katanya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN