Tembikai Paling Mahal Di Dunia? Dilelong Pada Harga RM25 Ribu!

Daripada lebih 1,200 jenis tembikai yang ditanam di seluruh dunia, barangkali tiada yang lebih mahal atau lebih dicari daripada tembikai hitam Densuke yang terkenal ini.

tembikai paling mahal di dunia? dilelong pada harga rm25 ribu!

Ditanam hanya di pulau utara Hokkaido dalam kuantiti yang kecil dan jarang melebihi 100 unit setahun, Densuke dianggap sebagai salah satu tembikai paling jarang ditemui di dunia.

Manakan tidak, tembikai ini bukan jenis buah yang anda dapat temui di pasar atau kedai runcit biasa.

Sebaliknya, ia termasuk antara buah yang akan dilelong kepada pembida tertinggi dalam acara tahunan yang sangat dinanti-nantikan, pada harga ratusan malah beribu-ribu ringgit.

Tembikai Densuke paling mahal dalam sejarah telah dilelong pada 2019, dengan harga 750,000 yen (RM24,984).

Harganya telah turun pada dua tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19, tetapi ia tetap kekal sebagai tembikai paling mahal di dunia setakat ini.

Terkenal dengan luarannya yang hitam dan berkilat, tembikai Densuke dikatakan mempunyai isi yang segar, tahap kemanisan yang lebih tinggi daripada jenis tembikai lain dengan biji yang lebih sedikit.

Bagaimanapun, harga itu juga sebenarnya merupakan cerminan jumlah masa dan dedikasi yang diperlukan untuk menanamnya.

Walaupun beberapa lot pertama tanaman tahunan ini boleh menghasilkan harga tertinggi menerusi lelongan buah-buahan, tembikai Densuke sebenarnya juga boleh dibeli pada harga terendahnya yang bermula sekitar AS$250 (RM1,068) sebiji di kebanyakan negara.

Setakat ini, tidak jelas mengapa tembikai Densuke tidak ditanam secara meluas di luar Jepun namun menurut majalah The Gardener, benihnya tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara.

 

Sumber: [1]