Sekumpulan saintis di Australia dilaporkan telah berjaya mencipta satu teknologi yang mampu meramalkan jangka hayat manusia hanya menerusi imbasan retina pada mata.
Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), saintis-saintis itu mendakwa retina pada mata berfungsi sebagai ‘jendela’ yang mampu memberikan maklumat tentang kesihatan seseorang dengan tepat.
Penyelidikan ini dibuat oleh penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mata Melbourne dengan menganalisis hampir 19,200 imbasan fundus, iaitu kawasan belakang mata dimana terletaknya retina.
“Retina menjadi ‘jendela’ yang unik dan boleh diakses untuk menilai punca serta kesan sesuatu penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan saraf yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian,’’ tulis pengarang kajian, Dr. Mingguang He.
Sebanyak 130,000 sampel penyelidikan diambil daripada lebih 500,000 responden berusia 40 hingga 69 tahun untuk tujuan penyelidikan ini.
Kajian sama turut mendapati terdapat risiko keada punca kematian sebanyak 2 peratus pada setiap satu tahun perbezaan usia sebenar dengan usia yang dikenal pasti menerusi retina mata.
Kajian ini telah pun diterbitkan dalam Journal of Ophthalmology Britain baru-baru ini.
Sumber: [1]