Tayang Filem Bagi Hiburkan Penghuni Tanah Perkuburan Yang Sunyi

Bagi memberikan ‘hiburan untuk si mati’, penduduk di utara wilayah Phichit dekat Bangkok telah menayangkan filem, melakukan persembahan tradisional dan membakar mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

tayang filem bagi hiburkan penghuni tanah perkuburan yang sunyi

Menurut laporan, sebanyak tiga filem ditayangkan selepas persembahan tradisional dan membakar mercun dilakukan pada jam 5 petang.

 

Kawasan perkuburan itu mempunyai kira-kira 330 buah kubur dan acara berkenaan telah dilakukan setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sejak 57 tahun lalu.

 

Selain kawasan perkuburan ini, beberapa kawasan perkuburan lain di Thailand turut melakukan acara sama, dengan tujuan menghiburkan si mati yang kesunyian dalam kubur.

 

Menurut pihak penganjur, mereka mahu mengadakan acara ini dengan kerap dan tidak hanya terhad ketika musim perayaan sahaja.

 

Tambah lagi, penghuni kubur pasti bertambah sunyi ketika musim COVID-19 kerana banyak kawasan kubur tidak menerima pelawat.

 

Media tempatan melaporkan, masyarakat Cina di negara ini percaya pintu syurga akan terbuka pada Tahun Baharu Cina dan roh si mati akan berkeliaran untuk ‘melihat’ keluarga mereka.

 

Sumber: [1]