Syarikat Tawar ‘Full Refund’ Jika Kapal Mereka Naik Hilang Di Segi Tiga Bermuda

Bagi menyakinkan pelanggan, sebuah syarikat pelayan sanggup menawarkan bayaran balik penuh jika kapal yang dinaiki mereka hilang secara misteri di Segi Tiga Bermuda.

syarikat tawar ‘full refund’ jika kapal mereka naik hilang di segi tiga bermuda

Menurut laporan, penumpang yang berminat boleh membuat bayaran sebanyak £1450 (kira-kira RM8,045) bagi menikmati perjalanan dua hari dengan menaiki kapal persiaran Prima Norway ke kawasan terbabit.

.

Ujar syarikat itu, jika penumpang hilang secara misteri di kawasan Segi Tiga Bermuda ini, wang mereka akan dikembalikan seratus peratus.

syarikat tawar ‘full refund’ jika kapal mereka naik hilang di segi tiga bermuda

Segi Tiga Bermuda cukup sinonim dengan kawasan misteri di bahagian barat laut di Lautan Atlantik utara, termasuk kehilangan kapal serta pesawat yang melalui kawasan tersebut.

.

Setakat ini, lebih 50 kapal dan 20 pesawat pernah hilang di kawasan itu yang turut digelar sebagai Segi Tiga Syaitan.

syarikat tawar ‘full refund’ jika kapal mereka naik hilang di segi tiga bermuda

Menerusi pakej lawatan yang ditawarkan syarikat itu, pelancong akan menikmati waktu pelayaran senja pada bahagian atas kapal yang berlantaikan kaca. Beberapa individu juga akan dijemput untuk memberikan ucapan di atas kapal berkenaan ketika pelayaran itu nanti.

 

Sumber: [1]