Sebuah portal antarabangsa yang menyenaraikan makanan terbaik di dunia sekali lagi menerima kecaman dari warganet khususnya di Malaysia, menerusi hantaran di Twitter baru-baru ini.
Ada kalanya senarai yang dikeluarkan oleh TasteAtlas mendapat ‘restu’ ramai, dan ada kalanya juga senarai itu tidak dipersetujui oleh peminat makanan di dunia.
Menerusi akaun Twitter TasteAtlas, mereka berkongsi video bagaimana rupa sebenar ‘roti canai’ dihasilkan di Malaysia. Namun apa yang anehnya disini adalah roti canai yang dimaksudkan itu tidak pula kelihatan seperti roti canai yang biasa kita nikmati dan lihat sebelum ini. Ini adalah kerana, roti canai dalam video itu mempunyai telur sambal dan sayur pada bahagian tengah roti, berbeza dengan roti canai kita yang dihidangkan sekeping bersama kari, dal atau sambal.
Mungkin bagi pengikut luar negara, ia kelihatan biasa dan tiada apa yang aneh disitu, namun bagi kebanyakkan kita khususnya rakyat negara ini dan sekitar, roti canai bukanlah kelihatan seperti dalam video itu. Cara penyediaan dan hidangan itu nampak seperti benjo.
Warganet khasnya dari Malaysia yang menonton video itu turut berkata, ada banyak perkara yang orang luar tidak boleh masuk campur, dan salah satunya adalah makanan.
Sumber: Twitter