Siapa sangka tanah dikawasan perkuburan rupanya laris terjual secara atas talian dan mendapat permintaan tinggi oleh warganet.
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini dibongkarkan menerusi sebuah lama e-dagang terkemuka negara itu, menunjukkan beberapa iklan tanah kubur yang dijual kepada umum.
Menerusi Facebook, seorang pengguna media sosial itu berkata, tanah kubur yang dijual itu telah pun dibeli ramai pengguna dengan harga rata-ratanya 50,000 rupiah (kira-kira RM15) untuk 1 kilogram (kg) tanah.
Antara iklan yang ditayangkan adalah menyebut tanah kubur yang dijual adalah tanah kubur si mati yang meninggal pada hari Jumaat Kliwon, dan ada juga yang dikatakan masih baru dan ‘segar’.
Malah, ada tanah kubur yang dijual pada harga mencecah 1.3 juta rupiah (kira-kira RM390).
Tidak dapat dipastikan tujuan pembeli tanah kubur seperti ini, yang pasti kita sebagai umat Islam seharusnya menjauhi perkara yang syirik lagi menyesatkan seperti amalan ilmu hitam.
Sumber: Kosmo!