Seorang pemuda di Indonesia mencuri perhatian ramai apabila dia menutup kepalanya menggunakan kotak ketika disuntik dengan vaksin COVID-19.
Foto adegan mencuit hati itu kemudian menjadi tular di media sosial.
Dalam foto tersebut, pemuda berbaju hitam itu dilihat duduk bersebelahan pegawai vaksinasi.
Seorang pekerja kesihatan di situ kemudian menyuntik vaksin pada lengan pemuda itu.
Kelihatan hanya sedikit rambut di bahagian belakang kepala pemuda itu yang kelihatan berikutan keseluruhan kepalanya ditutupi kotak.
Menurut Ketua Pemerintah Desa Kemalang, Daerah Kemalang, Klaten Widodo mengesahkan kejadian tular itu.
“Vaksinasi itu berlaku pada Isnin (13/9) kelmarin. Terdapat dua orang yang takut, tetapi satu ditutup dengan kotak, walaupun ditutup dengan kotak, ia masih diberi vaksin dan tidak dipaksa,” jelasnya.
Tambahnya lagi, lelaki tersebut merupakan penduduk tempatan yang menetap di Desa Kemalang.
Sumber: [1]