Tak Tahu Diri Hamil, Rasa Kejang Perut Sebelum Lahirkan Bayi Perempuan

Seorang wanita berusia 22 tahun dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, meskipun sebelum itu dia tidak tahu dirinya sedang hamil.

tak tahu diri hamil, rasa kejang perut sebelum lahirkan bayi perempuan

Beliau selamat melahirkan bayi perempuan, Khalani, pada 30 Mac tahun lalu selepas ke hospital kerana mengalami kekejangan perut.

 

Pada awalnya, beliau yang juga seorang penuntut sepenuh masa dan pekerja jagaan harian telah ke hospital disebabkan masalah kekejangan perut yang teruk, sebelum diberitahu dirinya telah hamil 35 minggu.

 

Doktor yang memeriksa Abby kemudian melakukan pembedahan kecemasan dan dalam tempoh 20 minit beliau selamat melahirkan bayi perempuan.

tak tahu diri hamil, rasa kejang perut sebelum lahirkan bayi perempuan

Saya tidak tahu bahawa saya hamil. Saya tidak mengalami sebarang gejala dan berat badan saya tidak bertambah.

 

"Tiada siapa menyangka jadi begini. Kesakitan bermula dengan sedikit kekejangan perut.

"Kesakitan bertambah teruk sepanjang hari hingga saya tidak boleh bergerak, jadi ibu saya Cindy, yang berusia 54 tahun, membawa saya ke hospital.

"Saya menjalani ujian imbasan ultrabuny dan doktor memberitahu saya hamil. Saya ingat lagi yang saya beritahu doktor bahawa ia tidak benar. Saya sangat terkejut," katanya.

 

Beliau berkongsi kelahiran itu bersama rakan-rakannya meskipun pada awalnya mereka menganggap ia sebagai satu jenaka.

tak tahu diri hamil, rasa kejang perut sebelum lahirkan bayi perempuan

Tambah Abby lagi, tiada siapa percaya perkara itu boleh berlaku kerana berat badannya juga tidak bertambah.

 

"Doktor berpendapat kandungan saya pasti berada di kawasan belakang tulang rusuk kerana tiada benjolan dan saya tidak pernah berasa sebarang tendangan," katanya.

"Saya juga mendapat haid seperti biasa dan saya selesa memakai semua pakaian sederhana saiz saya sepanjang proses kehamilan," katanya.

 

Sumber: [1]