Gara-gara cubaan untuk terjun ke dalam laut, lima individu dihukum ‘berjalan itik’ oleh anggota polis di Mumbai, India.
Namun menurut laporan The Times of India, punca sebenar kejadian kesemua individu itu dikenakan hukuman adalah kerana mereka tidak mengenakan ‘mask’.
Pegawai Ibu Pejabat Polis Marine Drive, Inspektor Vishwanath Kolekar berkata, tindakan tersebut boleh mengancam nyawa kesemua individu terbabit.
Hasil siasatan awal polis mendapati bahawa mereka yang terlibat dihukum bukan kerana tidak mengenakan ‘mask’ namun kerana cubaan untuk memasuki pantai berdekatan.
Terang Inspektor Vishwanath Kolekar, “Kawasan pantai berkenaan ditutup kepada orang ramai kerana ia berbahaya.”
Berikutan itu, tindakan tegas bakal diambil terhadap kesemua individu berkenaan.
Sumber: [1]