Unik, Syarikat Piza Ini Perkenalkan Skim “Makan Dulu, Bayar Lepas Meninggal.”

Umumnya, kita dikehendaki melakukan pembayaran terhadap makanan yang kita ambil, sama ada sebelum mahupun sebaik sahaja selesai makan.

unik, syarikat piza ini perkenalkan skim “makan dulu, bayar lepas meninggal.”

Tapi pernahkah anda terfikir ada skim pembayaran yang membolehkan anda membayar makanan selepas sahaja anda meninggal dunia?

 

Itu yang diperkenalkan sebuah syarikat piza di New Zealand menerusi skim pembayaran unik ‘AfterLife Pay’, yang mana pengguna boleh menjelaskan pembayaran selepas meninggal dunia.

unik, syarikat piza ini perkenalkan skim “makan dulu, bayar lepas meninggal.”

Sama konsep seperti kaedah ‘beli sekarang, bayar kemudian’, pelanggan perlu menandatangani perjanjian yang membolehkan mereka menyemak semula wasiat mereka, untuk menangguhkan pembayaran sehingga selepas mereka meninggal dunia.

 

Syarikat tersebut dikenali sebagai ‘Hell Pizza’ turut memberi jaminan bahawa skim pembayaran mereka ini tidak dikenakan yuran atau penalti tersembunyi.

unik, syarikat piza ini perkenalkan skim “makan dulu, bayar lepas meninggal.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hell Pizza, Benn Cumming berkata, skim ‘AfterLife Pay’ itu akan mengurangkan masalah rakyat yang menggunakan kaedah ‘beli sekarang, bayar kemudian.’

 

"Kami melihat semakin ramai orang menggunakan skim (BNPL) ini untuk membeli barangan penting seperti makanan.

"Kami fikir ia mengambil langkah terlalu jauh apabila anda mempunyai restoran perkhidmatan pantas seperti kami yang diminta untuk menawarkan BNPL," katanya.

 

Untuk percubaan, individu berusia 18 tahun keatas layak memohon skim ini dan hanya 666 orang akan dipilih sebagai peserta.

 

Pihak Berkuasa Perlindungan Pengguna New Zealand bagaimanapun memberi amaran bahawa skim terbabit akan menyebabkan ramai orang berdepan dengan masalah hutang.

 

"Jangan menggunakan sistem itu hanya untuk mendapatkan piza percuma," kata pihak berkuasa berkenaan.

 

Sumber: The Washington Post