Bagus Syarikat Ini Sedia Ruang Tidur Untuk Pekerja Tapi Kena Tidur Berdiri

Terdapat kajian terdahulu membuktikan tidur sekejap pada waktu tengah hari boleh membantu meningkatkan produktiviti pekerja.

bagus syarikat ini sedia ruang tidur untuk pekerja tapi kena tidur berdiri

Disebabkan itu, sebuah syarikat di Jepun telah memperkenalkan ruangan khas kepada pekerja mereka untuk tidur sekejap selepas penat melakukan kerja masing-masing.

.

Namun ruangan tidur itu bukanlah seperti katil di rumah atau bilik istirehat biasa, sebaliknya ruang seperti sebuah almari yang memaksa seseorang itu untuk tidur pada posisi berdiri.

bagus syarikat ini sedia ruang tidur untuk pekerja tapi kena tidur berdiri

Ruang itu disebut sebagai Kamin Box, atau kotak tidur, direka dengan kerjasama syarikat berasaskan kayu, Koyoju Plywood Corporation.

.

Rupa katil itu nyata tidak mendapat persetujuan ramai khasnya pekerja syarikat terbabit yang mempersoalkan bagaimana cara untuk seseorang itu boleh tidur dalam keadaan berdiri?

.

Di dalam Kamin Box, terdapat ruang kecil untuk menyokong punggung anda, ditambah lagi ruang yang kelihatan sama ada ketinggian dagu atau dahi yang bergantung pada ketinggian anda, di bahagian dalam pintu. Persoalan sama ada seseorang itu dapat tidur dengan baik dalam keadaan berdiri masih menjadi tanda tanya.

Menurut Asahi Shimbun, salah satu akhbar terbesar di Jepun, kesedaran yang semakin meningkat tentang betapa pentingnya rehat dan tidur untuk hidup sihat mendorong kepada penciptaan Kotak Kamin ini.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN