Ada Sebab Kenapa Syarikat Ini Perkenal Pesawat Corak Tuala Mandi

Bagi memberikan nafas baharu kepada imejnya, syarikat penerbangan dari Jerman iaitu Condor telah memperkenalkan warna latar belakang pesawat yang lebih menonjol dan berwarna-warna, menyerupai tuala mandi pantai atau gula-gula.

ada sebab kenapa syarikat ini perkenal pesawat corak gula-gula

Condor menjadi syarikat penerbangan terbaharu selepas syarikat dari Jepun, yang melakukan kerja-kerja menaik taraf reka bentuk pesawat yang ringkas namun bergaya.

ada sebab kenapa syarikat ini perkenal pesawat corak gula-gula

Menurut Condor, warna jalur-jalur tebal seperti gula-gula itu adalah diinspirasikan daripada payung, tuala mandi dan juga kerusi pantai. Ia direka oleh agensi kreatif Berlin Vision Alphabet dengan tujuan membangkitkan nostalgia percutian masa lalu serta keseronokan percutian masa depan.

ada sebab kenapa syarikat ini perkenal pesawat corak gula-gula

Lima warna jalur diperkenalkan iaitu biru yang mewakili laut, kuning melambangkan cahaya matahari, merah mewakili kegigihan, hijau pula ibarat pulau dan kuning emas bagaikan pantai berpasir.

 

 

Sumber: [1]