Kita mungkin biasa menggunakan mesin basuh mencuci pakaian, namun pernahkah anda melihat mesin basuh mencuci manusia?
Ia bukan sekadar idea, malah mesin basuh mencuci manusia ini telah tercipta sejak dari tahun 1970 lagi oleh syarikat elektronik gergasi Jepun, Sanyo Electric. Sejak dari itu, ia menjalani pelbagai pembaharuan dari segi teknologinya.
Konsep mesin basuh mencuci manusia adalah sama seperti membasuh pakaian, cumanya ia menempatkan seorang manusia, bemula daripada mandi, sabuh, pengeringan dan juga urutan dalam tempoh sehingga 15 minit untuk satu sesi.
Menggunakan konsep yang sama, mesin basuh mencuci manusia telah dimodenkan oleh sebuah syarikat lain iaitu Science Co. Ltd yang berpangkalan di Osaka.
Dikenali sebagai Projek Usoyaro, ia menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk memberikan pengalaman mandi yang berbeza.
Menurut syarikat Science Co. Ltd, mesin itu bukan sekadar mencuci tubuh badan seseorang, malah ia memberikan ruang untuk proses penyembuhan dimana kita dapat menenangkan diri dengan mendengar muzik serta menikmati pemandangan indah pada skrin.
Mesin itu turut dilengkapi dengan sensor dalaman yang mana ia digunakan untuk mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik, dan teknologi AI akan menggunakan data yang dikumpul untuk mewujudkan suasana paling selesa.
Pihak syarikat menjangkakan mesin itu akan beroperasi dengan sempurna menjelang 2024 sebelum ia dipamerkan pada Ekspo Osaka pada 2025.
Sumber: Oddity Central