Setahu kita semua, susu ini kaya dengan kalsium, Vitamin D dan pelbagai mikronutrisi seperti karbohidrat, protein dan lemak. Sebab itu pengambilan susu merupakan diet yang sangat sihat.
Tapi tahu tak, pengambilan susu ini sebenarnya merupakan sesuatu yang masih baru dalam sejarah manusia. Hah! Apa?
Malah, tidak lebih 10, 000 tahun dahulu, susu ini dianggap sebagai racun kepada manusia. Ini kerana zaman dahulu manusia mengalami alahan laktosa yang membuatkan manusia dulu tak boleh minum susu. Ada yang sampai membawa maut. Eh takutnya.
Selepas berlakunya evolusi ataupun mutase genetik yang mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya, barulah manusia beradaptasi dengan susu haiwan macam yang sekarang ini. Tapi ada juga sesetengah orang yang masih alahan ini tapi tak lah seteruk seperti zaman dahulu.
Setakat penyelidikan yang telah dijalankan, para ilmuwan meyakini bahawa komuniti penternak terawal yang meminum susu haiwan ternakan (lembu misalnya) adalah di Eropah Utara dan Eropah Barat, sebelum amalan itu tersebar ke Eropah Selatan. Ahli-ahli arkeologi berjaya menemukan bekas yang mengandungi kesan susu yang dianggarkan berusia 7900-7450 tahun.
Wah! Menarik. Bersyukur la sekarang ni kita boleh minum susu tanpa alahan.
Sumber: The Patriot