Dah Terkantoi, Senyap-Senyap Suami Jual Buah Pinggang Isteri

Seorang wanita yang juga isteri terkedu apabila mendapati beliau kehilangan sebelah daripada buah pinggangnya.

dah terkantoi, senyap-senyap suami jual buah pinggang isteri

Selepas disiasat, rupanya buah pinggang wanita itu telahpun dijual oleh suami beliau sendiri tanpa pengetahuannya beberapa tahun yang lalu.

 

Kejadian mula diketahui selepas Ranjita Kundu, 31, mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut mengesahkan satu daripada buah pinggangnya sudah tiada.

 

Beliau yang pada mulanya tidak percaya mula mengingat kembali insiden beberapa tahun lalu ketika dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana katanya mempunyai ketulan batu.

 

"Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius," katanya.

 

Menurut wanita itu, beliau sudahpun berkahwin dengan suaminya seorang warga Bangladesh selama 12 tahun dan memiliki dua orang anak.

 

Namun lapan bulan lalu, suaminya itu telah ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan dikatakan sudah bernikah dengan wanita lain di sana. Kakak iparnya pula sering menyeksanya dan sentiasa menyokong keputusan suami.

 

Kini, suaminya itu tidak lagi menjenguknya dan anak-anak. Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kes kecurian buah pinggang wanita ini dan siasatan lanjut sudah dijalankan.

Sumber: HMetro