Seorang suami di Indonesia telah mendapat pujian kerana menyokong minat isterinya yang begitu meminati penyanyi K-pop dengan memasang banner khas di halaman rumah mereka.
Menerusi video yang tular, lelaki itu dilihat memasang banner yang memaparkan suntingan foto isterinya duduk bersebelahan dengan anggota kumpulan EXO, Sehun, manakala foto dirinya menjauh daripada mereka.
Aksi itu dimuatnaik menerusi laman Instagram @insta_julid yang berkata banner khas itu simbolik tanda sayang si suami kepada isterinya.
.
“Suami yang tidak cemburu malah menyokong minat isteri hingga sanggup mencetak sepanduk dengan konsep cinta tiga segi untuk dipasang di halaman rumah,” tulis keterangan gambar.
Rata-rata pengguna media sosial khasnya peminat K-pop yang melihat video terbabit berasa terharu melihat kegigihan si suami dalam menyokong minat isterinya itu.
.
Sumber: [1]