Jodoh merupakan salah satu rahsia yang sebenarnya tak ada satu pun manusia yang mengetahuinya.
Samalah juga dengan pasangan ini kerana siapa sangka bayi yang sering dilihat suatu ketika dahulu rupanya adalah jodoh buat dirinya sekarang.
Rich Foetu Tomkinson, 48, menyedari dia dibesarkan di kawasan yang sama dengan pasangannya, Evie yang berusia 29 tahun.
Menurut Rich, beliau sedar yang dia pernah bekerja di kawasan yang sama dengan keluarga isterinya itu dalam tahun 90-an. Malah ketika itu, beliau pernah juga beberapa kali melihat jodohnya itu ditolak dalam kereta sorong bayi.
Meskipun pendedahan itu mengejutkan pasangan ini, namun mereka melihat ia sebagai satu sisi yang melucukan.
“Ia agak aneh apabila saya menyedari pernah bertemu Evie sebagai bayi tetapi tidak menyedarinya ketika itu.
“Kami hanya ketawa mengenainya. Usia hanyalah angka bagi kami dan anda tidak boleh menolak dengan siapa anda akan jatuh cinta,” kata Rich.
Pasangan ini yang telah berkahwin Julai lalu bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Januari depan.
Sumber: Kosmo!