Suami Terkejut Lihat Isteri Tanpa Make-up, Nekad Mahu Cerai Sebab Rasa Tertipu

Seorang lelaki nekad mahu menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pertama kali tanpa sebaang solekan pada malam pertama perkahwinan mereka.

suami terkejut lihat isteri tanpa make-up, nekad mahu cerai sebab rasa tertipu

Kejadian berlaku kepada Cao, 30, dari China selepas beliau berkahwin dengan Trang, 47, yang dikenalinya melalui media sosial.

 

Meskipun usia mereka mempunyai jarak 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk berkahwin dengan Trang terutamanya apabila wanita itu dilihat sentiasa tampil dengan solekan dan juga pakaian bergaya.

 

Cao juga tertarik kepada Trang kerana dilihat cantik, penyayang dan juga matang. Mereka kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka namun belum didaftarkan secara sah.

 

Pada malam pertama, Cao terkejut apabila pertama kali melihat wajah Trang tanpa sebarang solekan, hingga membuatkannya berasa tertipu dan memutuskan untuk bercerai.

 

Trang juga telah dihalau hingga membuatkan wanita itu kecewa dan memberikan dua pilihan kepada suaminya itu.

 

Pilihan pertama, perkahwinan itu akan diteruskan dan mereka tinggal bersama. Manakala pilihan kedua pula, mereka akan bercerai tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan.

 

Cao berasa tuntutan Trang itu adalah tidak munasabah dan meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.

 

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan ini meneruskan perkahwinan itu atau sudah berpisah.

 

Sumber: Kosmo!