Isteri Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Pusing

Seorang isteri mengadu bosan menghadap pemandangan sama setiap hari, dikejutkan dengan hadiah yang dibina suaminya iaitu rumah boleh pusing.

isteri bosan hadap pemandangan sama, suami bina rumah boleh pusing

Vokin Kusic, 72, membina rumah tersebut selepas terdengar keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan berbeza.

 

Lantas, beliau membina rumah boleh berpusing supaya isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada satu masa dan seterusnya pemandangan lain.

isteri bosan hadap pemandangan sama, suami bina rumah boleh pusing

“Saya sudah bosan dengan keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya kepada Reuters.

 

Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.

 

Mempunyai paksi sepanjang tujuh meter, ia dibina dalam masa 6 tahun serta mampu memberikan pemandangan ladang jagung, tanah pertanian, hutan dan juga sungai.

isteri bosan hadap pemandangan sama, suami bina rumah boleh pusing

“Rumah ini boleh berpusing 360 darjah selama  24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat,” ujarnya.

 

Menurut lelaki itu, beliau mendapat idea membina rumah berpusing ini daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.

 

Sumber: Utusan