Jemaah di Masjid Ini Selesai Solat Tarawih 23 Rakaat Dalam 7 Minit Je [Video]

Selain berpuasa di siang hari, bulan Ramadan juga menjadi satu-satunya bulan yang mana umat Islam akan mengerjakan solat sunat Tarawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat, di masjid atau sendirian, diikuti dengan tiga rakaat solat sunat Witir.

jemaah di masjid ini selesai solat tarawih 23 rakaat dalam 7 minit je [video]

Bergantung kepada imam yang mengetuai solat Tarawih, biasanya tempoh masa untuk selesai mengerjakan solat Tarawih adalah kira-kira satu jam untuk 8 rakaat dan mencecah dua jam untuk 23 rakaat lengkap.

 

Bagaimanapun berbeza dengan jemaah di Al-Quraniyah, Krangkeng, dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia kerana mereka melakukan solat sunat Tarawih dalam masa antara 6 hingga 7 minit sahaja.

jemaah di masjid ini selesai solat tarawih 23 rakaat dalam 7 minit je [video]

Menurut portal Tribunjabar, masjid yang menjadi lokasi solat sunat 23 rakaat digelar ‘Tarawih kilat’ itu dipenuhi dengan jemaah dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

 

@tribuncirebon.com Tarawih Super Kilat di Indramayu Diserbu Jemaah, Rukuk dan Sujudnya Cuma 1 Detik Saja TRIBUNCIREBON.COM - Tradisi tarawih kilat masih lestari di Ponpes Al-Quraniyah Desa Dukuhjati, Kecamatan Krangkeng, Kabupaten Indramayu. Tarawih di sana sebanyak 23 rakaat hanya belangsung 6 sampai 7 menit saja. Pelaksanaan tarawih super kilat ini rupanya mampu menyedot animo masyarakat untuk ibadah. Seperti yang terlihat pada pelaksanaan salat tarawih, Selasa (12/3/2024) malam. Masjid yang jadi lokasi salat tarawih penuh bahkan sampai ke teras masjid. Mayoritas yang ikut salat tarawih kilat ini adalah anak muda. Meski demikian orang dewasa pun juga tampak ikut salat tarawih di masjid ponpes setempat. Pantauan Tribuncirebon.com, sesuai namanya, tarawih kilat ini memang berlangsung cepat. Rukuk, i'tidal, bahkan sujud hanya memerlukan waktu 1 detik saja. Reporter: Handhika Rahman #tribuncirebon #tarawih #tarawihkilat #indrmayu ♬ original sound - tribuncirebondotcom

 

Solat sunat pantas itu juga sudah diadakan sejak 2006 lagi, dengan tujuan untuk mengajak golongan belia memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadan, lapor media tempatan.

 

Sumber: Tiktok