Snek Terpedas Di Dunia

Makanan pedas yang biasanya orang Malaysia makan is tomyam, lemak cili api, ayam penyet dan apa saja berkaitan dengan cili lah. Tapi macam mana dengan snek yang pedas pula?

Maybe some of you guys tak pernah dengar.. Jom kita tengok. 

1. SONORAN SPICE COMPANY SPICY GUM BALLS

snek terpedas di dunia
Dengar macam manis kan? Lagi lagi bila disebuut gum balls tu. Kepedasannya berlipat ganda daripada sos tabasco.

2. BAKKE BROTHERS BRAND CAROLINA REAPER DEATH BY JERKY

snek terpedas di dunia
Makanan jenis daging yang dikeringkan, kalau di Indonesia sama seperti daging dendeng yang sangat luar biasa kepedasannya.

3. TOE OF SATAN HOT LOLLIPOP

snek terpedas di dunia
Biasanya rasa lollipop selalunya manis ataupun masam tapi yang ini bukan biasa biasa. Namanya saja dah boleh bayangkan betapa pedasnya lollipop ini. Mempunyai ekstrak cabai/cili yang boleh buatkan korang segera ke tandas!


4. PAQUI TORTTILA CHIPS 

snek terpedas di dunia
Sejenis kerepek tortilla asal Texas. Disebabkan ianya terlalu pedas, hanya terdapat satu kerepek saja disetiap satu pack. Juga mempunyai tingkat kepedasan yang sangat menajubkan. Salah satu snack yang laku hebat dipasaran.

5. DA BOMB GHOST PEPPER NUTS

snek terpedas di dunia
Sejenis kacang yang mungkin memberikan impak besar kerana ini merupakkan kacang terpedas diantara semua jenis kacang. Taburan cili yang memenuhi setiap permukaan kacang memang memberikan kepedasan tahap tinggi.


Oleh: Khalie Azmi