Bagi menggalakkan orang ramai untuk berhubung dengan dunia luar, khasnya ketika pandemik COVID-19 ini, seorang profesor di Jepun telah mencipta skrin televisyen yang boleh mengeluarkan pelbagai jenis rasa makanan kepada pengguna.
Skrin yang dinamakan Taste The TV, dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih. Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin TV yang rata untuk dirasai pengguna.
Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, tujuan utama skrin prototaip itu dicipta adalah bagi memberikan pengalaman kepada orang ramai seperti berada di restoran, walaupun sebenarnya sedang berada di rumah.
Projek itu dihasilkan beliau dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu termasuklah garfu.
Menurutnya lagi, prototaip itu mencecah kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.
Sumber: [1]