Satu isyarat radio yang datangnya dari luar angkasa lepas sekali lagi mencabar pemahaman kita tentang fenomena misteri ini.
Isyarat yang dinamakan FRB 20191221A ini adalah sangat jarang berlaku, namun isyarat yang diterima kali ini merentasi ruang antara galaksi dalam tempoh tiga saat, kira-kira 1,000 kali lebih lama daripada purata.
.
Menurut pengkaji, isyarat radio yang diterima itu adalah seakan bunyi degupan jantung.
.
Pengesanan itu dibuat oleh pengesan CHIME pada Disember 2019, dan saintis serta-merta mengetahui bahawa mereka menerima signal pada sesuatu yang sangat pelik.
.
"Ia adalah luar biasa. Bukan sahaja ia sangat lama, berlangsung kira-kira tiga saat, tetapi terdapat puncak berkala yang sangat tepat, memancarkan setiap pecahan sesaat iaitu ledakan seperti degupan jantung. Ini adalah kali pertama isyarat itu sendiri berkala," kata ahli astrofizik Daniele Michilli dari Institut MIT Kavli untuk Astrofizik dan Penyelidikan Angkasa.
.
Bagaimanapun isyarat radio itu bukanlah merujuk kepada makhluk asing atau hidupan luar angkasa yang misteri sebaliknya ia mungkin menunjuk kepada sejenis bintang neutron.
.
Penyelidikan telah diterbitkan dalam jurnal Nature.
.
Sumber: [1]