Singa Buat Ramalan Tepat Keputusan Perlawanan Euro 2020

Jika diimbas kembali sewaktu kejohanan Piala Dunia beberapa tahun lalu, seekor sotong kurita telah mencuri perhatian apabila berjaya membuat ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan pasukan terlibat.

 

Bagi kejohanan UEFA Euro 2020 kali ini, seekor singa jenis albino di sebuah zoo di Thailand pula menjadi tumpuan pengunjung selepas berjaya membuat ramalan kemenangan beberapa perlawanan pada kejohanan terbabit.

singa buat ramalan tepat keputusan perlawanan euro 2020

Singa yang diberi nama Boy telah berjaya meneka kemenangan pasukan England ke atas Crotia pada minggu lalu, sebelum berjaya meramalkan kemenangan Belanda ke atas Ukraine.

singa buat ramalan tepat keputusan perlawanan euro 2020

Dalam klip video tular, Boy juga meneka tepat keputusan perlawanan antara Perancis dan Jerman, serta Portugal dan Hungary.

singa buat ramalan tepat keputusan perlawanan euro 2020

Makanan berupa daging diletakkan pada satu wayar dan bendera pasukan yang terlibat digantungkan bersama sebelum singa terbabit memilih salah satu daging untuk dimakan.

singa buat ramalan tepat keputusan perlawanan euro 2020

“Ramalan keputusan Euro 2020 yang ditunjukkan oleh Boy adalah sebahagian daripada aktiviti riadah haiwan tersebut yang bermatlamat untuk menambah baik sikapnya.

“Aktiviti itu tidak bermaksud untuk menggalakkan orang ramai berjudi. Ia hanya untuk tujuan hiburan semata-mata,” ujar pegawai zoo tersebut, Narongwit Chodchoi.

 

Sumber: Daily Mail