Sindrom Air Mata Buaya, Lelaki Ini Menangis Setiap Kali Makan

Seorang lelaki Cina didiagnosis dengan ‘sindrom air mata buaya’, keadaan perubatan yang jarang berlaku yang menyebabkan seseorang itu mengalirkan air mata setiap kali makan.

sindrom air mata buaya, lelaki ini menangis setiap kali makan

Tahun lalu, lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Zhang itu dilaporkan mula menitiskan air mata apabila dia makan.

Pada mulanya, dia tidak terlalu memikirkannya.

Tetapi, tangisan tersebut menjadi lebih teruk apabila dia perlu mengunyah lebih lama sehingga mengganggu kehidupan sosialnya.

Sejak itu, Zhang mula mengelak daripada makan di khalayak ramai kerana khuatir air mata mengalir di mukanya di hadapan orang ramai, menjadikan dia rasa terasing.

Bagaimanapun, mujur Zhang terfikir untuk berubat di hospital.

Bulan lalu, dia akhirnya berjumpa dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan dan didiagnosis dengan keadaan perubatan yang jarang ditemui, iaitu ‘sindrom air mata buaya’.

Menurut Dr Cheng Mian Chinh, ketua Jabatan Oftalmologi di hospital yang dikunjungi Zhang, keadaan tersebut berkait rapat dengan kelumpuhan wajah Zhang yang pernah dialaminya sebelum ini.

Proses pemulihan daripada lumpuh muka itu telah menjejaskan aktiviti kelenjar lakrimah, terutamanya di mata kirinya sehingga menyebabkan gentian saraf pada wajahnya tersasar, yang mana saraf air liurnya menyelubungi kelenjar lakrimal dan bukannya kelenjar submandibular.

Akibatnya daripada itu, ia merangsang kelenjar lakrimal untuk menghasilkan air mata.

Difahamkan bahawa gejala sindrom air mata buaya adalah berbeza dari pesakit ke pesakit, dan lebih banyak kes ringan biasanya diuruskan dengan kaunseling dan pemantauan berkala.

Dalam kes yang lebih teruk, rawatan yang paling popular ialah suntikan toksin botulinum ke dalam kelenjar lakrimal yang digunakan untuk menghentikan penghantaran sepanjang gentian saraf yang dijana semula secara menyimpang ke kelenjar yang terjejas.

Kesan toksin itu mampu bertahan lebih kurang enam bulan.

Selain itu, pembedahan juga merupakan antara penyelesaian yang mana ia merupakan pilihan terbaik dalam kes Zhang.

Keadaan Zhang dikatakan bertambah baik namun sumber tidak menjelaskan lebih lagi berkenaan keadaan semasanya.

 

Sumber: [1]