Sebuah perkampungan kecil di pergunungan Dagestan, Rusia menjadi tarikan kerana mempunyai penduduk yang hampir kesemuanya tahu cara untuk berjalan diatas tali tegang.
Aktiviti berjalan atas tali merupakan salah satu tradisi penduduk kampung Tsovkra-1, hingga ramai daripada mereka bekerja sebagai penghibur di sarkas.
Penduduk Tsovkra-1 dahulunya mempunyai kira-kira 3,000 penduduk, kini hanya merekodkan sekitar 400 orang dengan kesemua mereka tahu cara untuk mengimbangkan diri dengan berjalan atas tali tegang tanpa menggunakan sebarang alat bantuan khas.
Menurut lagenda, penduduk lelaki mempelajari kaedah dan cara berjalan atas tali bagi bertemu kekasih mereka dengan lebih cepat, berbanding jalan biasa mengharungi hutan dan bukit. Namun tidak ramai yang mempercayai kisah ini.
Kisah lain yang mengaitkan aktiviti berjalan atas tali ini adalah ia cara lebih efisyen untuk menyeberangi sungai jika jambatan runtuh. Sejauh mana kebenarannya, hanya penduduk setempat sahaja tahu.
Menurut seorang penduduk setempat, Nukh Isayev berkata kebolehan semua penduduk dikampung ini untuk berjalan atas tali tegang menjadi sumber rezeki mereka hingga ada yang dijemput melakukan persembahan di Rusia, negara-negara di Asia dan serata dunia.
Bagaimanapun apabila dunia semakin maju, kebolehan berjalan atas tali tegang ini semakin dilupai dan semakin kurang minat dalam kalangan muda disana. Ia juga menjadi tradisi unik yang bakal menjadi satu memori buat penduduk di perkampungan Tsovkra-1.
Sumber: [1]