Sedih, Mentua Minta Anak Kahwin Lain Jika Isteri Tak Hamil Lepas Seminggu Nikah

Seorang wanita yang baru seminggu berkahwin meluahkan rasa sedih apabila keluarga mentua memaksa dirinya untuk hamil dengan segera.

sedih, mentua minta anak kahwin lain jika isteri tak hamil lepas seminggu nikah

Perkara itu tular di media sosial Indonesia yang memaparkan luahan hati wanita terbabit yang baru seminggu berkahwin namun diminta mentuanya untuk melakukan ujian kehamilan.

.

Tambah menyedihkan, mentuanya memberikan tempoh sebulan untuk hamil sebelum mendesak suami yang juga anak lelaki mereka untuk berkahwin lain.

.

“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.

“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua.

“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut.

.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian ramai warganet yang bersimpati dan turut memberikan nasihat kepadanya untuk bersama suami melakukan ujian kesuburan sebagai kepastian.

.

Menurut laporan, daripada 20 hingga 30% pasangan yang tidak mempunyai anak adalah berpunca daripada ketidaksuburan lelaki.

.

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN