Sejak dari kecil kita mungkin sudah diajar mengenai asas matematik seperti tambah dan tolak. Maka soalan 1+1 mungkin nampak mudah dan boleh diselesaikan tanpa perlu berfikir panjang.
Namun dua peminat matematik di Jepun baru-baru ini membuktikan soalan 1+1 bukanlah semudah yang disangka kerana mereka menyelesaikan masalah ini selama 24 jam!
Hanao dan Dengan menghabiskan masa hampir satu hari bagi mencari jawapan muktamad kepada formula 1+1 dengan menjalankan satu projek pengiraan matematik sehingga hampir menutupi dinding bilik.
Kedua-dua mereka telah melakukan pengiraan dengan mengambil kira semua bidang matematik dan fizik yang diajarkan di sekolah dan kolej.
Pelbagai fungsi dan teori digunakan mereka termasuklah trigonometri, siri infiniti, geometri, fizik, elektromagnetik dan termodinamik.
Ujar Hanao, ada perkara yang tidak dijangka seronok untuk diselesaikan.
Selepas percubaan mereka tamat dalam tempoh 24 jam, sudah terbukti 1+1 adalah bersamaan dengan 2, sama seperti yang kita belajar di sekolah dahulu.
Sumber: OC / Youtube