Selama 6 Tahun, Wanita Ini Salah Bayar Bil Elektrik Rumah Orang Lain

Seorang wanita di Scotland kini terpaksa menanggung hutang bil elektrik sebanyak 4,000 pound sterling (kira-kira RM22,800).

 

Semuanya gara-gara Lesley Hill, 43, tersilap bayar bil elektrik rumah lain selama enam tahun terdahulu, membuatkan kediamannya didakwa menggunakan elektrik secara haram.

selama 6 tahun, wanita ini salah bayar bil elektrik rumah orang lain

Katanya, dia telah membayar bil elektrik secara tambah nilai sejak enam tahun lalu namun bayaran itu dikatakan mungkin masuk ke dalam akaun kediaman orang lain.

 

Beliau menukar caa bayaran daripada bulanan kepada tambah nilai sejak 2015 selepas berpisah dengan suaminya.

 

Sejak itu, beliau membuat pembayaran secara konsisten dan meter elektrik berfungsi dengan baik untuk tempoh setahun sahaja. Selepas itu, dia mula menerima surat tuntutan hutang daripada syarikat penyediaan perkhidmatan.

 

"Saya kemudian membayar hutang itu secara ansuran namun terus menerima surat tuntutan hutang.

"Mereka bagaimanapun terus menghantar surat serta menghubungi saya untuk menuntut hutang sedangkan tahu saya menggunakan meter tambah nilai," katanya.

 

Katanya lagi, isu berkenaan sudahpun dipanjangkan kepada syarikat terbabit dan dikatakan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

 

"Namun sehingga kini saya masih menerima bil pembayaran dan mereka mahu saya melangsaikan segera hutang itu," katanya.

 

Sumber: [1]