Sekumpulan Emak Mengamuk Di Lapangan Terbang Indonesia Akibat Disahkan Positif COVID-19

Baru-baru ini, tular satu video di negara jiran yang menunjukkan beberapa orang wanita berstatus ibu mengamuk di sebuah lapangan terbang di Indonesia akibat disahkan positif COVID-19 setelah menjalankan ujian saringan di lapangan terbang terbabit.

sekumpulan emak mengamuk di lapangan terbang indonesia akibat disahkan positif covid-19

Memetik laporan media tempatan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Kualanamu Sumatera Utara  yang mana rakaman videonya difahamkan dimuat naik ke salah satu akaun Facebook, yang mana seorang wanita dapat dilihat memarahi pekerja kesihatan di lapangan terbang itu kerana disahkan positif COVID-19.

Tambah wanita itu, dia yakin bahawa dia tidak positif kerana tidak memiliki sebarang gejala. Selain suhu badannya yang tidak panas, wanita itu juga mengatakan bahawa dia tidak mengalami batuk.

“Tidak ada, sihat. Tiada batuk, tiada panas,” kata wanita itu di dalam video yang tular.

Lanjut wanita itu lagi, dia sudah membeli tiket kapal terbang. Namun, kerana hasil ujian saringan yang dijalankan di lapangan terbang tersebut yang mengatakannya positif, menyebabkan dia gagal untuk berangkat.

Tidak ketinggalan, wanita yang merakamkan video tersebut turut menunjuk perasaan. Katanya, mereka diuji negatif di hospital, bagaimana mungkin mereka disahkan positif di lapangan terbang tersebut.

Berikutan itu, wanita-wanita itu turut mengatakan bahawa mereka seolah-olah terpedaya dengan lapangan terbang tersebut yang kononnya menginginkan wang dan menyuruh orang ramai agar tidak melakukan ujian saringan COVID-19 di situ.

Menurut kakitangan perhubungan awam lapangan terbang tersebut, Novita Maria Sari, dia menerangkan bahawa pihaknya masih menunggu penjelasan daripada pengurus perkhidmatan kesihatan di lapangan terbang itu sebelum boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai kejadian terbabit.

 

Sumber: [1]