Elak Masalah Sosial Pelajar, Sekolah Ini Buang Semua Pintu Tandasnya

Pengetua sebuah sekolah menengah di Texas dilaporkan membuang semua pintu tandas sekolahnya bagi mengawal masalah sosial para pelajar.

elak masalah sosial pelajar, sekolah ini buang semua pintu tandasnya

Christina Steele Hantgin yang merupakan  pengetua Kolej Awal Sekolah Tinggi Travis, bertindak sedemikian bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah dan kes salah laku lain yang berlaku dalam kalangan pelajarnya.

elak masalah sosial pelajar, sekolah ini buang semua pintu tandasnya

Menurut beliau, kejadian salah laku dan masalah sosial ini sering berlaku dalam tandas sekolah dengan 90 peratus daripadanya melibatkan penyalahgunaan dadah.

 

Beliau juga telah menghantar surat kepada ibu bapa pelajar sekolah tersebut bagi menjelaskan keputusannya.

 

Katanya lagi, sejak pintu tandas dibuang, tiada kes serupa dilaporkan berlaku lagi.

 

‘’Keutamaan nombor satu saya adalah keselamatan,” katanya dalam surat itu.

 

Sumber: [1]