Siapa sangka sebuah balai polis yang dibina dan beroperasi hampir 8 bulan dekat Bihar, India ini adalah sebenarnya sebuah balai polis palsu.
Lebih mengejutkan, balai polis palsu itu dibina bersebelahan dengan sebuah lagi balai polis sebenar pada jarak kira-kira 500 meter sahaja.
Negara India pada dasarnya adalah sebuah negara yang mana rakyatnya sangat takut kepada pasukan beruniform seperti polis dan tentera. Disebabkan ketakutan itu, sekumpulan scammer bertindak luar jangka apabila dengan beraninya mereka membina sebuah balai polis palsu dan telah menipu ratusan orang awam termasuklah juga menerima rasuah.
“Kami biasa mendengar akan kewujudan pegawai polis palsu di seluruh negara, tetapi ini kali pertama kali dengar tentang balai polis palsu,” ujar seorang pegawai polis tempatan dalam satu temubual.
Untuk membuatkan balai polis palsu itu kelihatan seakan yang sebenar, scammer ini mengupah beberapa individu untuk menyamar sebagai pegawai polis dengan uniform polis lengkap. Menariknya, balai polis palsu itu telahpun beroperasi selama hampir 8 bulan tanpa sesiapa pun sedari.
Penipuan berani kumpulan scammer itu telah dibongkar apabila Shambhu Yadav, yang mengetuai balai polis sebenar di Banka, kebetulan melihat dua individu yang menyamar sebagai polis, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke balai polis palsu selepas mengganggu pemilik kedai di pusat beli-belah yang kini berada di bawah kawalan.
Yadav menjadi curiga apabila dia menyedari bahawa pegawai polis palsu itu mempunyai senjata api palsu yang dipercayai telah dipesan di bengkel tempatan, bukannya senjata sebenar. Apabila ditanya di mana mereka berpangkalan, dua "rakan sekerja" itu cuba mengelak, jadi dia membawa mereka berdua untuk disoal siasat di balai polisnya.
Hasil siasatan mendapati, kedua-dua pegawai polis palsu itu bekerja di balai polis palsu yang berada bersebelahan dengan sebuah balai polis sebenar. Seramai lima individu telah ditangkap, manakala seorang lagi dipercayai ketua mereka telah melarikan diri.
Sumber: Oddity Central