Satu-Satunya Murid Dalam Kelas, Pelajar Ini Pikul Tugas Ketua dan Penolong Sekaligus

Biasanya terdapat beberapa jawatan yang ada dalam sesebuah kelas bagi membantu guru, seperti ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari dan lain-lain.

 

Namun seorang pelajar ini terpaksa memikul dua jawatan penting dalam kelasnya sekaligus kerana beliau merupakan satu-satunya pelajar dalam kelas berkenaan.

 

Errone Erwine, pelajar tahun enam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah, menjadi satu-satunya murid dalam kelasnya tahun ini.

satu-satunya murid dalam kelas, pelajar ini pikul tugas ketua dan penolong sekaligus

Perkongsian dibuat guru kelasnya, Cikgu Aben di Facebook dan mendapat perhatian ramai warganet.

 

“Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.

satu-satunya murid dalam kelas, pelajar ini pikul tugas ketua dan penolong sekaligus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan hantaran berkenaan, selain turut tampil dengan pelbagai persoalan tersendiri.

satu-satunya murid dalam kelas, pelajar ini pikul tugas ketua dan penolong sekaligus

satu-satunya murid dalam kelas, pelajar ini pikul tugas ketua dan penolong sekaligus

Difahamkan jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini juga adalah seramai 10 pelajar sahaja.

 

Sumber: Facebook Cikgu Aben