Penduduk Sanggup Sewa Khemah RM2,260 Sebulan Kerana Rumah Mahal

Gara-gara sewa rumah yang semakin mahal, penduduk di Sweden kini boleh cuba menyewa khemah pada bahagian balkono dengan harga sewa AS$540 sebulan (kira-kira RM2,260).

penduduk sanggup sewa khemah rm2,260 sebulan kerana rumah mahal

Hal itu berikutan rumah sewa dengan harga berpatutan yang semakin sukar ditemui di Zurich kerana pasaran hartanah di bandar itu yang semakin tinggi.

 

Maka, para penyewa mengambil alternatif dengan menyewakan balkoni rumah mereka berserta khemah yang boleh memuatkan dua orang.

penduduk sanggup sewa khemah rm2,260 sebulan kerana rumah mahal

Khemah kalis air itu lengkap dengan tikar, tilam dan bantal serta penyewa juga dibenarkan untuk menggunakan kemudahan rumah yang lain seperti dapur, tandas dan ruang tamu rumah.

penduduk sanggup sewa khemah rm2,260 sebulan kerana rumah mahal

Tawaran itu mendapat sambutan menggalakkan, tambah pula semakin ramai penduduk yang tidak mampu membayar sewa rumah masing-masing kerana semakin mahal ketika ini.

 

“Saya mahu mengurangkan bayaran sewa rumah, maka saya tawarkan sewaan khemah di balkoni dan siapa sangka, sambutannya amat menggalakkan,” katanya.

 

Meskipun tawaran itu dilihat mahal, namun ia sebenarnya menarik perhatian ramai di Zurich, khasnya kepada para pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah.

 

Sumber: [1]