Lelaki Sanggup Belanja Lebih RM8 Ribu Sebulan, Telan 60 Pil Sehari Untuk Hidup Selamanya

Seorang lelaki dilaporkan sanggup menghabiskan lebih RM8 ribu sebulan dan menelan sehingga 60 biji pil sehari semata-mata mahu hidup selama-lamanya.

lelaki sanggup belanja lebih rm8 ribu sebulan, telan 60 pil sehari untuk hidup selamanya

Leon Kurita-Goudlock, 36, membelanjakan kira-kira 1,500-pound sebulan bagi tujuan menghentikan proses penuaan agar dia dapat hidup lebih lama.

 

Berasal dari Amerika Syarikat dan kini menetap di London, Leon berkata beliau sanggup menjalani proses ‘membekukan diri’ supaya dia boleh dibangunkan pada masa hadapan.

lelaki sanggup belanja lebih rm8 ribu sebulan, telan 60 pil sehari untuk hidup selamanya

Lelaki ini juga percaya proses yang disebut sebagai ‘biohacking’ iaitu proses menaiktaraf fungsi badan dengan bantuan rawatan, ubat-ubatan, pemakanan, aktiviti kecergasan dan kaedah lain dapat meningkatkan aktiviti otak dan melambatkan proses penuaan.

 

Beliau mula mengamalkan ‘biohacking’ ini kira-kira 10 tahun lalu selepas melihat ibu bapanya bergelut dengan masalah kesihatan. Malah, beliau sanggup menelan sehingga 60 biji pil sehari untuk proses itu.

 

‘Biohacking’ yang diamalkan Leon mempunyai lima peringkat iaitu bermula dengan aktiviti kecergasan sehingga tahap akhir iaitu berpuasa.

lelaki sanggup belanja lebih rm8 ribu sebulan, telan 60 pil sehari untuk hidup selamanya

“Setiap hari, saya bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi dan melakukan meditasi, pergi ke gim dan minum dua liter air.

“Saya mengawal pengambilan makanan antara 1,500 dan 1,800 kalori sehari serta hanya makan antara 6 petang dan 9 malam, selain berpuasa sepanjang hari,” ujar Leon lagi.

 

Sumber: Utusan Malaysia