Lima Tahun Asyik Sakit Perut, Rupanya Ada Gunting Dalam Badan!

Seorang wanita mengadu sering berasa sakit pada perutnya, selain juga mengalami keletihan melampau.

 

Namun misteri rasa sakit itu akhirnya terjawab apabila dia menemui sebilah gunting tertinggal dalam perutnya.

lima tahun asyik sakit perut, rupanya ada gunting dalam badan!

Harsheena Ashraf, seorang wanita dari Kerala, India mengalami sakit pada perut selepas melahirkan anak ketiga pada November 2017.

 

Beliau yang turut mengalami keletihan terpaksa mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dialaminya itu.

 

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sebilah gunting dalam perutnya.

 

"Walaupun beberapa kali membuat pemeriksaan, kesakitan saya tidak berkurang. Akibat kesakitan yang tidak tertanggung, saya sekali lagi pergi ke hospital dan apabila imbasan CT dijalankan, saya diberitahu bahawa ada objek logam di dalam perut saya.

"Kemudian saya diberitahu, objek tersebut adalah gunting," kata Harsheena.

 

Susulan daripada penemuan objek itu, beliau dimasukkan ke hospital yang sama bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan.

 

Perkara ini mendapat perhatian Menteri Kesihatan Kerala yang segera mengarahkan siasatan dilakukan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bersalah.

 

Sumber: India.com