Siapa sangka rasa sakit kepala yang dialami seorang lelaki selama 20 tahun lalu rupanya disebabkan sebutir peluru yang tertanam dalam tengkorak kepala.
Lelaki 28 tahun yang dikenali sebagai Xiao Chen memaklumkan beliau sudah lama mengalami rasa sakit kepala dan masalah itu semakin serius sejak kebelakangan ini.
Pada mulanya lelaki itu menganggap sakit kepala itu adalah disebabkan kurang tidur, namun tanggapannya salah apabila rasa sakit itu tidak reda sehinggalah dia pergi ke hospital.
Ketika doktor melakukan imbasan, mereka menemui satu objek aneh pada kiri tengkorak lelaki berkenaan.
Pemeriksaan lanjut mengesahkan ia adalah peluru dan pihak hospital bertanya kepada Chen bagaimana boleh ada peluru tertanam dalam kepalanya.
Chen kemudian menceritakan ketika usianya 8 tahun, dia dan abangnya bermain dengan satu pucuk pistol angin di rumah mereka dan secara tidak sengaja tertarik picu dan mengenai kepala Chen.
Disebabkan takut dimarahi ibu bapa, Chen dan abangnya merahsiakan perkara itu dan luka yang dialaminya juga ketika itu tidak serius dan tidak pula berasa sakit. Sejak dari itu, beliau sendiri tidak sedar ada peluru yang tertanam dalam tengkorak kepalanya.
Justeru, satu pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan peluru berkenaan dan kini kesihatan Chen sudah mula beransur pulih.
Sumber: [1]