Saintis Temui Salji Keluarkan Cahaya Warna Biru Di Rusia

Sekumpulan saintis dilaporkan telah menemui salji yang mengeluarkan cahaya biru di Rusia, bulan lalu.

saintis temui salji keluarkan cahaya warna biru di rusia

Menurut salah seorang ahli biologi dalam kumpulan itu, Vera Emelianenko berkata ia ditemui ketika beliau sedang berjalan di White Sea coast, dekat Russian Arctic bersama anaknya dan dua ekor anjing.

 

Beliau perasan akan kejadian aneh itu dan terus memerhatikan cahaya biru itu akan menyala apabila ada tekanan pada salji dikenakan, seperti berlari atau berjalan. Malah beliau cuba menggengam salji berkenaan dan ia menyala dengan lebih terang.

saintis temui salji keluarkan cahaya warna biru di rusia

Foto yang menunjukkan salji menyala berwarna biru itu telah menjadi tular di laman sosial. Beliau kemudian membawa pulang beberapa sampel salji ini untuk dilihat dibawah mikroskop. Untuk seketika, beliau membiarkan salji itu mencair.

 

Selepas diperhati, terdapat hidupan yang dikenali sebagai copepod dalam salji berkenaan. Apabila dikenakan tekanan seperti jarum, hidupan itu mengeluarkan cahaya biru, sama seperti yang dilihatnya pada salji.

saintis temui salji keluarkan cahaya warna biru di rusia

Hidupan itu biasanya ditemui pada kedalaman 100 meter bawah laut dan ia sering muncul pada permukaan pada waktu malam.

 

Bagaimanapun punca bagaimana hidupan ini boleh berada dalam salji masih tidak diketahui. Seorang pakar hidupan marin dari Akademi Sans Rusia beranggapan arus laut yang deras telah membawa hidupan ini jauh ke permukaan darat sebelum ia ditimbus dengan salji tebal.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN