Sekumpulan Saintis Percaya Penguin Mungkin Adalah Makhluk Asing

Misteri akan kewujudan makhluk luar bumi atau makhluk asing telah didebat sejak berpuluh tahun yang lalu. Ada yang mendakwa makhluk asing sebenarnya manusia dari masa hadapan, dan ada juga yang menolak kewujudan ia kerana tiada bukti kukuh yang boleh ditunjukkan hingga ke hari ini.

sekumpulan saintis percaya penguin mungkin adalah makhluk asing

Sekumpulan saintis ini pula percaya penguin berkemungkinan adalah makhluk asing yang datang dari Planet Zuhrah selepas mereka menemui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan itu.

sekumpulan saintis percaya penguin mungkin adalah makhluk asing

Mereka juga tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan kimia bernama fosfin itu boleh wujud di Bumi.

 

Bahan itu ditemui tahun lalu pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah. Planet Zuhrah pula mempunyai lapisan atmosfera yang serupa dengan Bumi.

sekumpulan saintis percaya penguin mungkin adalah makhluk asing

Susulan itu, kumpulan saintis itu kini merancang untuk mengkaji penguin spesis Gentoo yang biasanya tinggal di Kepulauan Falkland.

“Kami percaya bahawa penemuan fosfin adalah benar, namun tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut,” kata Dr. Dave Clements dari Kolej Imperial London.

 

Tambahnya lagi, beberapa bakteria anaerob didapati wujud dan menghasilkan fosfin.

“Ia mungkin berkaitan dengan pertahanan atau memberi isyarat bagi melawan bakteria pesaing,” ujarnya.

 

Sumber: [1]