Saintis Dakwa Jumpa Berbilion Tan Takungan Air Di Bulan, Kelak Boleh Jadi ‘R&R’ Di Angkasa!

Sekumpulan saintis mendakwa telah menemui ‘takungan’ air baharu di bulan.

saintis dakwa jumpa berbilion tan takungan air di bulan, kelak boleh jadi ‘r&r’ di angkasa!

Menurut mereka, terdapat berbilion tan air yang tersebar di seluruh permukaan bulan, yang boleh digunakan untuk angkasawan menjadi pangkalan sementara sebelum menuju ke destinasi lebih jauh dalam sistem suria.

 

Penyelidik mendapati, terdapat tanah yang terkumpul dan kembali dari Chang’e 5 iaitu pendarat bulan China yang turut diselaputi dengan serpihan manik. Manik itu dipercayai adalah daripada takungan air yang berada di bulan.

saintis dakwa jumpa berbilion tan takungan air di bulan, kelak boleh jadi ‘r&r’ di angkasa!

Meskipun permukaan bulan dianggap mengandungi hanya sedikit air, namun tidak dapat dipastikan bagaimana bulan dapat menyimpan takungan air.

 

Oleh itu, penyelidik percaya pasti ada beberapa penjelasan lain mengenai bagaimana air disimpan di bulan.

 

Antaranya kini penyelidik percaya takungan boleh menjadi manik kaca yang boleh menampung berbilion tan air.

saintis dakwa jumpa berbilion tan takungan air di bulan, kelak boleh jadi ‘r&r’ di angkasa!

Manik kaca dihasilkan apabila meteoroid menghentam bulan, memuntahkan titisan cecair panas kemudian menjadi pepejal dan bergabung dengan habuk di bulan.

 

Ia kemudian berfungsi sebagai span, menyerap air dan menggerakkan kitaran air di permukaan bulan.

 

Lebih menarik, pengkaji berpendapat bulan mungkin mampu menyimpan sebanyak 270 bilion tan air. Ini menjadi penemuan yang amat berguna khasnya tentang cara bagaimana untuk membina habitat manusia di bulan atau pangkalan untuk misi ke Marikh.

 

Penemuan itu juga telah diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience.

 

Sumber: HMetro