Saintis Akhirnya Cipta Topeng Boleh Guna Ketika Makan

Penyelidik di Mexico telah berjaya mereka bentuk topeng yang boleh anda pakai semasa makan dan minum kerana ia hanya menutupi hidung anda.

saintis akhirnya cipta topeng boleh guna ketika makan

Topeng separuh muka sedia ada di pasaran mungkin menyukarkan anda semasa sedang makan dan minum kerana anda perlu membuka atau menariknya kebawah dagu.

 

Disebabkan masalah itu, sekumpulan saintis dari Institut Politeknik Nasional di Mexico berkata topeng rekaan mereka 'akan membantu mengurangkan jangkitan oleh coronavirus SARS-CoV-2 melalui jalan utama iaitu udara', tetapi memberi amaran bahawa topeng mereka ini tidak dimaksudkan untuk menggantikan topeng sedia ada.

saintis akhirnya cipta topeng boleh guna ketika makan

Sebaliknya, mereka berkata bahawa topeng ini akan membantu ketika kita sedang menjalankan aktiviti tertentu seperti makan, minum atau mengunjungi doktor gigi.

 

Dr. Acosta Altamirano, yang merupakan pakar imunologi dan individu bertanggungjawab mencipta topeng ini berkata bahawa topeng rekaannya akan memberikan sumbangan penting untuk membantu menghentikan penyebaran virus.

 

"Dengan cara ini, ada kemungkinan kita boleh mendapat perlindungan yang lebih terutamanya ketika di restoran, penerbangan jangka panjang atau janji temu bersama doktor gigi," katanya.

saintis akhirnya cipta topeng boleh guna ketika makan

Penyelidik kini sedang berbincang dengan syarikat yang akan menghasilkan topeng hidung ini.

 

Adalah diingatkan bahawa memakai pelitup separa muka dan menjaga penjarakan fizikal adalah perkara yang sangat penting pada masa kini dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian COVID-19.

 

Sumber: The National