Sekumpulan doktor dan jurutera telah berjaya mencipta teknologi abad ke-21 yang mana ia digunakan bagi merawat pesakit COVID-19.
Mesin “paru-paru besi” yang dihasilkan dilaporkan dapat membantu pesakit COVID-19 untuk bernafas dengan baik, yang mana ia lebih murah dan lebih selesa jika dibandingkan dengan alat bantuan pernafasan yang digunakan sebelum ini.
.
Dikenali sebagai The Exovent, ia adalah ventilator tekanan negatif yang berfungsi dengan menurunkan tekanan di luar badan untuk membolehkan tisu paru-paru mengembang dan berfungsi dengan cara yang menyerupai pernafasan biasa.
.
Alat bantuan pernafasan Exovent tidak memerlukan pesakit dibius seperti ventilator dan tidak menggunakan oksigen, walaupun pesakit boleh diberi oksigen secara berasingan. Peranti ini juga boleh digunakan untuk membantu pesakit dengan keadaan seperti radang paru-paru.
Pengkaji juga berharap dapat menghasilkan peranti yang lebih ringan dimasa akan datang, supaya ia dapat membantu merawat lebih ramai pesakit seluruh dunia.
.
Peranti Exovent adalah hasil usahasama pakar jurutera dan perubatan sejak dari Mac 2020. Antara ahli dalam pasukan ini adalah Cath Rennie, pakar bedah yang mempunyai PhD dalam kejuruteraan, juga dikenali sebagai salah seorang Women’s Engineering Society’s Top 50 Women in Engineering pada tahun 2021.
.
Peranti itu kini sedang menunggu kelulusan undang-undang sebelum sedia digunakan di hospital seluruh UK menjelang pertengahan tahun ini.
.
Sumber: [1]