Saintis Cipta Buih Yang Akan Meletup Lepas 465 Hari

Buih sabun biasanya akan kekal pada bentuknya dalam masa singkat. Ia akan pecah jika menyentuh objek lain atau berada pada tempoh masa tertentu di udara kerana penipisan filem.

saintis cipta buih yang akan meletup lepas 465 hari

Bagaimanapun, sekumpulan saintis di University of Lille di Perancis telah menyelesaikan masalah ini dengan mencipta buih yang boleh bertahan lebih lama dan tidak mudah meletup.

 

Dengan melihat kepada penghasilan buih yang lebih stabil, kumpulan yang diketaui oleh ahli fizik, Aymeric Roux mencipta sesuatu yang disebut sebagai ‘gas marble’. Ia adalah campuran air dan partikel halus nylon, dan ditiupkan udara untuk membentuk buih. Buih yang terhasil mampu bertahan untuk beberapa minit, sebelum ia meletup sepenuhnya.

 

Pasukan saintis itu kemudian menambah bahan lain seperti glyserol. Menakjubkan, buih itu dilihat mampu bertahan selama lebih 100 hari, dan ada yang mencecah 465 hari lamanya.

saintis cipta buih yang akan meletup lepas 465 hari

Menurut mereka, bahan glyserol ini boleh memanjangkan hayat buih disebabkan jaringan yang ada pada permukaannya. Hasil daripada kajian ini juga mampu digunakan dalam penghasilan buih dan juga untuk memerangkap gas toksik di udara.

 

Sumber: [1]