Bagi Atasi Masalah Kebuluran, Saintis Cadang Manusia Makan Ulat

Bagi mengatasi masalah kebuluran di dunia, sekumpulan saintis mencadangkan ulat berengga sebagai pengganti daging konvensional sebagai makanan.

atasi masalah kebuluran, saintis cadang makan ulat

Memetik laporan dari The Sun, pengkaji percaya masa hadapan manusia akan bergantung kepada hidangan baharu tersebut.

 

Ia timbul selepas penggunaan daging dan sayur-sayuran dilakukan secara besar-besaran masa kini, hingga mengancam sumber asalnya di masa akan datang.

 

“Ia terdedah kepada bencana alam seperti banjir dan musim sejuk, musim kemarau di samping patogen serta parasit.

“Bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi pada masa hadapan, kita perlu menggabungkan sepenuhnya cara pertanian baharu ke dalam sistem semasa,” kata Dr. Asaf Tzachor, pakar dari Pusat Pengajian Risiko Eksistensial Universiti Cambridge.

atasi masalah kebuluran, saintis cadang makan ulat

Antara usaha yang dilakukan kini adalah rumah hijau pembiakan serangga yang dilihat boleh mengurangkan pendedahan terhadap bahaya persekitaran semula jadi.

 

Selain serangga, kulat dan rumpai laut juga boleh menjadi sajian makanan yang popular pada masa akan datang kerana ia boleh menyediakan diet sihat dan berisiko mengatasi kekurangan zat makanan di seluruh dunia.

 

Sumber: The Sun