Sekumpulan saintis berjaya mencipta sejarah apabila tanaman sawi berjaya ditanam menggunakan sampel tanah yang diambil dari bulan.
Sampel tanah yang diambil dari bulan oleh angkasawan daripada program Apollo dilihat mampu menghidupkan tumbuhan sawi.
.
Penyelidik dari Universiti Florida juga telah menggunakan 12 gram tanah dari bulan yang dikumpulkan dari pelbagai lokasi semasa misi Apollo 11, 12 dan 17 dalam eksperimen berkenaan. Tanah itu juga dicampir dengan satu gram tanah lain, air dan benih serta larutan nutrien setiap hari.
.
Hasil kajian mendapati, tanaman sawi telah tumbuh dengan menggunakan tanah berkenaan selepas tempoh dua hari ia disemai.
.
Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Biologi Komunikasi dilihat mampu memberi harapan kepada kemungkinan satu hari nanti tumbuh-tumbuhan dapat hidup secara langsung di bulan.
.
Jika tumbuhan berjaya hidup secara langsung di bulan, maka perbelanjaan misi ke angkasa lepas juga dapat dijimatkan dan memudahkan perjalanan yang lebih lama dan jauh.
.
“Kami perlu menggunakan sumber yang terdapat di bulan dan Marikh bagi membangunkan sumber makanan untuk angkasawan masa depan yang tinggal dan beroperasi di angkasa lepas,” kata Ketua Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, Bill Nelson.
.
Bagaimapun pengkaji berkata masih banyak perkara perlu dikaji mengenai penemuan itu.
.
Sumber: [1]